DIKALA BULAN MENGAMBANG
Rabu, 29 Disember 2010
MARAH,TIDAK SETUJU,TAPI MAHU!
Masih ku ingat cerita seorang ustaz semasa aku mengikuti kuliahnya dulu,dimana beliau menceritakan satu kisah disebuah masjid tempat beliau mengajar,ada seorang pakcik yang amat pantang jika dalam kuliah yang diikutinya,ada menyentuh tentang hudud,jika ada kuliah yang menyentuh tentang hudud pakcik tersebut akan marah-marah & terus meninggalkan kuliah tersebut,sebab dia marah kerana ketika itu isu hudud sedang panas dibicarakan,& dan dia tidak mensetujui jika malaysia menjalankan hukum hudud dalam pemerintahan.Dipendekkan cerita pada suatu hari dimana beliau mengikuti kuliah ugama selepas maghrib di masjid itu,didalam kuliah itu ada menyentuh tentang hukum islam-hudud,tiba-tiba dia naik berang dan memarahi ustaz yang mengajar tersebut agar tidak bercerita tentang hudud,selepas memarahi ustaz itu,dia terus meninggalkan kuliah tersebut,selepas itu ustaz itu pun meneruskan kuliahnya,sedang para jemaah sedang kusyuk mendengar kuliah yang disampaikan oleh ustaz,tiba-tiba terdengar suara riuh-rendah diluar masjid itu,terdengar suara-rendah tersebut ustaz¶ jemaah menghentikan kuliah tersebut dan meluru keluar untuk melihat apa yang berlaku,rupa-rupanya pakcik tadi telah kehilangan motosikalnya yang diletakkan tempat diparking motosikal masjid tersebut,sambil marah-marah &menyumpah pencuri yang mencuri motosikalnya itu beliau berkata''Kalau aku dapat siapa yang mencuri motosikal aku,aku akan kerat tangannya!'' terdengar kata pakcik tu,dengan tersenyum ustaz tu pun berkata''Pakcik,apa yang pakcik kata sebentar tadi,itulah hudud,hukum yang dijadikan Allah untuk manusia,kerana Allah amat mengetahui kelemahan manusia,yang amat berhajatkan kepada tuhanya!maha suci dia,yang maha mempunyai segala kesempurnaan.
Ahad, 19 Disember 2010
BAHAYA SEKULARISME

Sekularisme ditakrifkan sebagai faham (doktrin,pendirian dsb.)yang menolak nilai-nilai murni keagamaan dalam kehidupan sosial manusia,atau dengan katalain,faham ini memisahkan urusan kedunian dengan urusan keagamaan.Faham ini merupakan induk kepada semua faham-faham yang ada,Faham ini amat merbahaya kepada akidah umat islam kerana ia memisahkan agama dan dunia sedangkan ajaran islam menyemai kewajipan-kewajipan kepada para mukallaf dengan pelbagai perkara sama ada yang wajib,sunat,harus,makruh dan haram dalam menjalani kehidupan dunia.Ciri-ciri sekularisme:1)Menolak secara mutlak kewujudan Allah atau beriman kepadanya tetapi menolak adanya hubungan antara kehidupan manusia didunia dengan keimanan kepada Allah.2)Kehidupan didunia ini bergantung sepenuhnya kepada ilmu dan penelitian yang diawasi aqal bukannya wahyu dan pegangan agama.3)Wujudnya sesuatu sekatan yang kukuh antara kerohanian dan kebendaan kerana roh tidak mempunyai sebarang nilai dalam fahaman masyarakat sekular.4)memisahkan agama dari politik dan membangunkan negara diatas asas-asas kebendaan semata- mata.5)Mengamalkan dasar pragmatisme pada perkara-perkara kebendaan.6)menyebarkan fahaman kebebasan berakhlak serta meruntuhkan nilai-nilai mulia dalam institusi keluarga yang dihayati generasi pelapis dalam masyarakat.7)meragui kebenaran agama islam,kenabian Muhammad dan ayat-ayat didalam kitab suci al-quran.8)menghayati ajaran islam cukup dengan amalan kerohanian sahaja.9)undang_undang islam diubah suai dengan undang-undang roman.10)Agama islam tidak sesuai dengan tamadun kini sambil menyifatkan undang-undang islam sebagai ketinggalan zaman.11)Memperjuangkan kebebasan kaum wanita supaya setanding dengan wanita-wanita dibarat.12)merendah-rendahkan tamadun islam sambil membesarkan unsur-unsur negatif yang wujud dalam masyarakat islam sepanjang sejarahnya.13)Mencontohi tamadun barat dan sistem hidupnya yang berfahaman sekular tanpa agama.14)mempegaruhi generasi muda supaya memilih cara hdup sekular tanpa agama.
Jumaat, 17 Disember 2010
PESANAN TERAKHIR SYED QUTB RAHIMULLAH SEBELUM SYAHID.
SAUDARA,SEANDAINYA KAU TANGISI KEMATIANKU DAN KAU SIRAM PUSARAKU DENGAN AIR MATAMU MAKA DIATAS TULANG-TULANGKU YANG HANCUR LULUH,NYALAKANLAH OBOR BUAT UMAT INI DAN.....TERUSKANLAH PERJALANAN KE GERBANG JAYA.SAUDARA!KEMATIANKU ADALAH SATU PERJALANAN MENDAPATKAN KEKASIH YANG SEDANG MERINDU,TAMAN-TAMAN DISYURGA TUHANKU BANGGA MENERIMAKU,BURUNG-BURUNGNYA BERKICAU RIANG MENYAMBUTKU, BAHAGIALAH HIDUPKU DIALAM ABADI.SAUDARA,PUAKA KEGELAPAN PASTI AKAN HANCUR DAN ALAM INI AKAN DISINARI FAJAR LAGI,BIARLAH ROHKU TERBANG MENDAPAT RINDUNYA,JANGANLAH GENTAR BERKELANA DIALAM ABADI,NUN DISANA FAJAR SEDANG MEMANCAR.
Langgan:
Catatan (Atom)

