Rabu, 29 Disember 2010

MARAH,TIDAK SETUJU,TAPI MAHU!

Masih ku ingat cerita seorang ustaz semasa aku mengikuti kuliahnya dulu,dimana beliau menceritakan satu kisah disebuah masjid tempat beliau mengajar,ada seorang pakcik yang amat pantang jika dalam kuliah yang diikutinya,ada menyentuh tentang hudud,jika ada kuliah yang menyentuh tentang hudud pakcik tersebut akan marah-marah & terus meninggalkan kuliah tersebut,sebab dia marah kerana ketika itu isu hudud sedang panas dibicarakan,& dan dia tidak mensetujui jika malaysia menjalankan hukum hudud dalam pemerintahan.Dipendekkan cerita pada suatu hari dimana beliau mengikuti kuliah ugama selepas maghrib di masjid itu,didalam kuliah itu ada menyentuh tentang hukum islam-hudud,tiba-tiba dia naik berang dan memarahi ustaz yang mengajar tersebut agar tidak bercerita tentang hudud,selepas memarahi ustaz itu,dia terus meninggalkan kuliah tersebut,selepas itu ustaz itu pun meneruskan kuliahnya,sedang para jemaah sedang kusyuk mendengar kuliah yang disampaikan oleh ustaz,tiba-tiba terdengar suara riuh-rendah diluar masjid itu,terdengar suara-rendah tersebut ustaz&para jemaah menghentikan kuliah tersebut dan meluru keluar untuk melihat apa yang berlaku,rupa-rupanya pakcik tadi telah kehilangan motosikalnya yang diletakkan tempat diparking motosikal masjid tersebut,sambil marah-marah &menyumpah pencuri yang mencuri motosikalnya itu beliau berkata''Kalau aku dapat siapa yang mencuri motosikal aku,aku akan kerat tangannya!'' terdengar kata pakcik tu,dengan tersenyum ustaz tu pun berkata''Pakcik,apa yang pakcik kata sebentar tadi,itulah hudud,hukum yang dijadikan Allah untuk manusia,kerana Allah amat mengetahui kelemahan manusia,yang amat berhajatkan kepada tuhanya!maha suci dia,yang maha mempunyai segala kesempurnaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan