
Sekularisme ditakrifkan sebagai faham (doktrin,pendirian dsb.)yang menolak nilai-nilai murni keagamaan dalam kehidupan sosial manusia,atau dengan katalain,faham ini memisahkan urusan kedunian dengan urusan keagamaan.Faham ini merupakan induk kepada semua faham-faham yang ada,Faham ini amat merbahaya kepada akidah umat islam kerana ia memisahkan agama dan dunia sedangkan ajaran islam menyemai kewajipan-kewajipan kepada para mukallaf dengan pelbagai perkara sama ada yang wajib,sunat,harus,makruh dan haram dalam menjalani kehidupan dunia.Ciri-ciri sekularisme:1)Menolak secara mutlak kewujudan Allah atau beriman kepadanya tetapi menolak adanya hubungan antara kehidupan manusia didunia dengan keimanan kepada Allah.2)Kehidupan didunia ini bergantung sepenuhnya kepada ilmu dan penelitian yang diawasi aqal bukannya wahyu dan pegangan agama.3)Wujudnya sesuatu sekatan yang kukuh antara kerohanian dan kebendaan kerana roh tidak mempunyai sebarang nilai dalam fahaman masyarakat sekular.4)memisahkan agama dari politik dan membangunkan negara diatas asas-asas kebendaan semata- mata.5)Mengamalkan dasar pragmatisme pada perkara-perkara kebendaan.6)menyebarkan fahaman kebebasan berakhlak serta meruntuhkan nilai-nilai mulia dalam institusi keluarga yang dihayati generasi pelapis dalam masyarakat.7)meragui kebenaran agama islam,kenabian Muhammad dan ayat-ayat didalam kitab suci al-quran.8)menghayati ajaran islam cukup dengan amalan kerohanian sahaja.9)undang_undang islam diubah suai dengan undang-undang roman.10)Agama islam tidak sesuai dengan tamadun kini sambil menyifatkan undang-undang islam sebagai ketinggalan zaman.11)Memperjuangkan kebebasan kaum wanita supaya setanding dengan wanita-wanita dibarat.12)merendah-rendahkan tamadun islam sambil membesarkan unsur-unsur negatif yang wujud dalam masyarakat islam sepanjang sejarahnya.13)Mencontohi tamadun barat dan sistem hidupnya yang berfahaman sekular tanpa agama.14)mempegaruhi generasi muda supaya memilih cara hdup sekular tanpa agama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan